Tembok besar cina
Orang China berbangga kerana Tembok Besar projek
yang paling besar dalam sejarah manusia. Tembok Besar itu berliku-liku, terletak
di utara China dan mempunyai pemandangan alam yang unik, sehingga dikunjungi
oleh ramai pelancong China dan luar negara. Pada tahun 1087, Tembok Besar
telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai warisan budaya dunia.
Tembok besar mulai dibina pada zaman
Negara-Negara tengah Berperang lebih
2000 tahun yang lalu, merupakan projek pertahanan pada zaman purba yang
paling panjang dan paling besar di dunia.
Sebelum Maharaja Qinshihuang menyatukan China
pada tahun 221 sebelum Masihi, banyak negeri di pelbagai tempat di China
telah membina Tembok Besar. Setelah Dinasi Qin ditubuhkan, Tembok Besar di
pelbagai negeri dihubungkan menjadi "Tembok Besar" tembok pertama
yang sepanjang lebih 5 ribu kilometer. Sehingga Zaman Dinasti Han, Tembok
Besar sepanjang 10 ribu kilometer terbina.
Tembok besar yang dilawati oleh pelancong kini
adalah Tembok Besar yang dibina Pada Zaman Dinasti Ming lebih 700 tahun yang
lalu. Lama-kelamaan, kebanyakan Tembok Besar yang dibina pada pelbagai
Dinasti tidak utuh. Tetapi, Tembok Besar yang dipelihara dengan agak utuh
ialah Tembok Besar yang dibina pada Zaman Dinasti Ming. Ia bermula dari
Tembok Gerbang Jiayuguan Provinsi Gansu di barat China, sehingga ke Sungai
Yalu di Provinsi Heilungjiang timur laut China,panjangnya lebih 6 ribu kilometer.
Ketua Setiausaha Persatuan Pengkajian
Tembok Besar China Encik Dong Yaohui berkata: "Dalam catatan sejarah,
Tembok Besar pada Zaman Dinasti Ming sepanjang 6350 kilometer".
Projek utama Tembok Besar ialah tembok yang
tinggi dan panjang, ia dibina di puncak yang gunung tinggi atau dataran yang
bentuk buminya berbahaya, agar dapat mengadakan pertahanan yang baik. Di atas
Tembok Besar, terdapat seratus buah tembok gerbang serta puluhan ribu buah
stesen pengesan musuh dan menara pengawal. Pasukan yang mengawal di Tembok
Besar akan menggagalkan serangan musuh dengan menggunakan tembok yang tinggi
dan kukuh. Banyak pertempuran yang dahsyat dilancarkan di Tembok Besar.
Tembok Besar juga telah mengalakkan pembangunan
ekonomi China. Pada masa dahulu, penduduk yang menetap di utara China ialah
etnik minoriti nomad, orang bangsa Han yang menetap di daerah tengah China
membina Tembok Besar secara berterusan untuk melindungi hasil pertanian dan
mencegah rompakan kaum nomad. Encik Dong Yaohui berkata: " Tamadun bangsa
China dapat dikekalkan dalam jangka panjang, dan sistem pertanian dapat
berkembang dengan cepat, Tembok besar telah memainkan peranan yang amat
penting. Ia menjamin perkembangan tenaga produktif yang maju, dan juga
menggalakkan perkembangan ekonomi di kawasan nomad, agar pertanian dan
ekonbomi kaum nomad mencapai perkembangan yang besar.
Malahan kini, Tembok Besar bukan
hanya sebagai kemudahan ketenteraan, ia menjadi salah satu lambang bangsa
China. Ia telah menarik ramai pelancong asing. Tembok Gerbang Juyongguan
Badaling di pinggir Bandar Beijing, Tembok Gerbang Jiayuguan di Provinsi
Gansu serta Tembok Gerbang Huangyaguan Tianjin dn Tembok Gerbang Shanhaiguan
Provinsi Hebei sudah menjadi destinasi pelancongan Tembok Besar yang terkenal
di China dan luar negara.
Tembok Besar Badaling yang terletak di utara
Beijing dipelihara dengan paling utuh, satu tempat yang selesa untuk mendaki
tembok besar dan menikmati pemandangannya. Tembok yang tinggi dan kukuh,
kebanyakannya dibina dengan batu granit dengan berlatarbelakangkan gunung,
ketinggiannya purata kira-kira 8 meter, terdapat sebuah stesen pengesan musuh
yang terletak sejauh 200 meter antara satu sama lain.
Pada setiap hari, terdapat ramai pelancong China
dan luar negara yang melawat Tembok Besar. Encik Bernas dari Perancis
berkunjung ke Tembok Besar buat kali kedua. Beliau berkata: "Ini adalah
kali kedua saya melawat Tembok Besar. Ia merupakan salah sebuah tembok yang
sangat megah dan paling besar di dunia. Saya berasa terharu dan amat gembira
setelah datang ke sini dan tidak akan melupakannya. Walaupun, pada musim
sejuk, salji melitupi puncak gunung, tertapi hari tetap cerah. Saya berharap,
jika anda berpeluang ke China, jangan lupa melawat Tembok Bersar, dan ia
tentu akan meninggalkan kenag-kenangan yang manis.
Dalam masa 10 tahun yang lalu, China melaksanakan
projek perlindungan Tembok Besar, membaik pulih sebahagian runtuhan Tembok
Besar.
|
No comments:
Post a Comment