Seluruh wilayah kota terbesar pertama
di masa kuno ini (penduduknya dianggarkan 200.000 orang) kelihatan sangat jelas
dari puncak taman.
Walaupun berada di dataran tinggi,
namun seluruh tanaman disirami air setiap hari. Sistem pengairan taman ini
sangat menakjubkan. Tidak salah kiranya jika Philon, ahli falsafah
Yunani yang gemar mengembara mencatatnya sebagai satu dari tujuh
keajaiban kuno dunia. Taman ini sangat memikat hati.
Sejarah Pembuatan Taman Tergantung
Babylon yang merupakan ibukota dari
Babylon, kerajaan kuno Mesopotamia, iaitu sebuah kota yang terletak
berhampiran sungai Euphrates, yang sekarang dikenali sebagaiIraqselatan.
Berdasarkan sejarah, dinasti pertama
dari Babylon didirikan oleh Hammurabi pada masa Neo-Babylonian
setelah kehancuran kerajaan Assyrian. Babylon menjadi salah satu kota
terpenting pada zaman Timur Tengah kuno ketika Hammurabi (1792-1750 BC),
menjadikannya ibukota kerajaan Babylon.
Kebudayaan bangsa Babylon dibina dengan
sangat baik dan catatan cuneiform yang berjaya ditemui menunjukkan, agama,
sejarah, dan ilmu pengetahuan pada masa itu sangat berkembang.
Ubat-ubatan, kimia, alchemy, botany,
matematik, dan astronomi juga dipraktikkan. Agama dan tulisan kuno yang
berbentuk cuneiform ini berasal dari kebudayaan Sumer yang lebih tua.
Mereka juga mengembangkan bentuk
abstrak dari tulisan berdasarkan symbol cuneiform (berbentuk baji). Tulisan ini
ditulis di tanah liat yang basah dan dibakar dibawah terik matahari.
“Dongeng tentang penciptaan” bangsa
babylon ditulis dalam tujuh lembaran tanah liat dan ditampilkan serta dibacakan
pada festival tahun baru di Babylon.
.jpg)
Tower of Babel
Bangsa Babylon mempunyai sistem angka
yang lebih maju dari yang kita miliki sekarang, dengan sistem posisi dengan
dasarnya 60. Mereka juga membuat tabel untuk membantu dalam proses
perhitungan.
Mereka membahagi hari sama seperti yang
sekarang kita lakukan, 24 jam dengan 60 minit, untuk setiap jam dan setiap 60
minit.
Adat kebiasaan bangsa Babylon ini ikut
mempengaruhi bangsa Assyria dan turut memberikan kontribusi terhadap sejarah
Timur Tengah dan Eropah Barat dikemudian hari.
Babylon mengalami kemerosotan dan jatuh
kedalam anarki sekitar 1180 BC, tetapi kemudian bangun berkembang kembali
sebagai sebahagian negara dari kerajaan Assyria selepas abad ke 9 BC.
Babylon akhirnya dihancurkan pada 689
BC, oleh bangsa Assyria dibawah kepemimpinanSennaCherib, tetapi
kembali dibina lagi.
Nabopolassar mendirikan apa yang sekarang dikenali
sebagai Chaldean atau kerajaan baru Babylon pada 625 BC, dan akhirnya mencapai
masa keemasannya dibawah pemerintahan anaknya Nebuchadnezzar (604-562 BC).
Kejayaan serta kemegahan Babylon
menjadi terkenal dan legenda sejak naik tahtanya Nebuchadnezzar, yang
dipercayai sebagai pembina Taman Tergantung Babylon.
Persembahan Rasa Cinta
Seperti juga Taj Mahal di India, yang
dibina oleh Shah Jahan untuk permaisuri terkasihnya Mumtaz Mahal, taman
bergantung Babylon ini pun merupakan sebuah persembahan cinta.
Taman ini dibina Nebukadnezar
II yang memerintah dari tahun 605-562 SM, dikhas bagi Amytis,
permaisuri tercintanya yang berasal dari kerajaan Media. Kerajaan Media
berpusat di pergunungan Persia (Iran).
Kemahuan Amytis besar diantara hijaunya
pergunungan, serta sejuknya tiupan angin. Keadaan kerajaannya berbeza dengan
Babylon.
Babylon merupakan wilayah datar,
kering, dan panas. Ini membuat Amytis selalu terkenang akan hijaunya hutan
Media. Ia rindu kembali ke kampung halamannya.
Untuk mengobati kerinduan isterinya
Raja Nebukadnezar memerintahkan, untuk membina sebuah taman rendang di dataran
tinggi. Taman itu dibina di timur sungai Eufrat (Euphrates), sekitar 50 km
selatan Baghdad, Iraq.
Menurut sejarawan Yunani Diodorus
Siculus, lebar taman ini 400 kaki, panjangnya 400 kaki dan tingginya
sekitar 80 kaki. Taman ini berdiri di atas ‘alas’ yang diperbuat dari batu bata
yang ditutup aspal dan keramik (tanah liat dibakar).
Berfungsi untuk mencegah masuknya
resapan air ke tanah yang berkemungkinan besar akan meroboh kestabilan taman.
Sejarawan lainnya, Herodotus mengungkapkan,
bahawa taman ini terletak di dalam dinding istana yang berlapis emas yang
panjangnya mencapai 56 mil.
Jalan taman ini sangat lebar hingga
membolehkan kereta yang ditarik empat ekor kuda untuk berpatah balik.
Disini juga berdiri kuil-kuil pemujaan
yang berisi patung dewa dari emas. Taman ini dibuat bertingkat, lebih tinggi
dari bangunan lain di kota Babylon, menimbulkan ilusi ‘tergantung di
udara’.
Kesan ini makin jelas bila taman
dilihat dari balik rumah-rumah penduduk. Semua tanaman akan kelihatan
tergantung di atas atap perumahan. Inilah sebabnya kenapa taman itu
dinamakan taman tergantung.
Disebutkan juga, bahawa taman itu
dibina oleh Nebuchadnezzar untuk menghibur isterinya yang sangat suka berada
didaerah yang dikelilingi oleh pergunungan.
Semenjak itulah taman tergantung, satu
dari tujuh keajaiban dunia yang ada.SLL
Ia adalah satu daripada bandar
tertua dan terhebat dalam sejarah dunia kerana menjadi pusat pakar astronomi
memetakan bintang, manakala pemerintahnya menyusun kanun pentadbiran
negara."
Ia adalah satu daripada bandar tertua dan terhebat dalam sejarah dunia kerana menjadi pusat pakar astronomi memetakan bintang, manakala pemerintahnya menyusun kanun pentadbiran negara. Paling mengagumkan, bandar itu menghasilkan Taman Tergantung Babylon.
Bagaimanapun, pada hari ini, tiada yang tertinggal di tapak bandar bersejarah itu kecuali sangat sedikit.
Ketika tinjauan dilakukan ke Babylon baru-baru ini - hasil permit dikeluarkan kerajaan Iraq - tapak itu lebih kelihatan sebagai taman tema dengan kesan pengaruh impian Saddam Hussein.
Turut dikesan, kawasan siar kaki bersebelahan runtuhan dinding purba, panggung Greek yang diubah suai serta istana Saddam dibina di atas bukit buatan manusia.
Untuk kali pertama, sejumlah institusi antarabangsa dengan diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalankan penelitian menyeluruh terhadap kerosakan pada bandar purba itu, serta mengkaji kaedah memuliharanya.
Ia adalah satu daripada bandar tertua dan terhebat dalam sejarah dunia kerana menjadi pusat pakar astronomi memetakan bintang, manakala pemerintahnya menyusun kanun pentadbiran negara. Paling mengagumkan, bandar itu menghasilkan Taman Tergantung Babylon.
Bagaimanapun, pada hari ini, tiada yang tertinggal di tapak bandar bersejarah itu kecuali sangat sedikit.
Ketika tinjauan dilakukan ke Babylon baru-baru ini - hasil permit dikeluarkan kerajaan Iraq - tapak itu lebih kelihatan sebagai taman tema dengan kesan pengaruh impian Saddam Hussein.
Turut dikesan, kawasan siar kaki bersebelahan runtuhan dinding purba, panggung Greek yang diubah suai serta istana Saddam dibina di atas bukit buatan manusia.
Untuk kali pertama, sejumlah institusi antarabangsa dengan diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalankan penelitian menyeluruh terhadap kerosakan pada bandar purba itu, serta mengkaji kaedah memuliharanya.
Satu laporan Unesco dijangka dikeluarkan awal tahun depan dengan memberi tumpuan - atas permintaan kerajaan Iraq - kepada kerosakan dilakukan tentera Amerika Syarikat (AS) sepanjang tempoh April hingga September 2003.
Kota Babylon - gambar hiasan
Tidak ketinggalan, kesan akibat pendudukan tentera Poland yang ditempatkan di situ pada 2004.
Menurut tentera AS, walaupun tapak bersejarah itu dijadikan pangkalan mereka, kerosakan di situ mungkin menjadi lebih dahsyat jika mereka membiarkannya begitu saja.
AS juga berjanji membantu proses pemuliharaan Babylon dengan dana daripada Tabung Monumen Dunia (TMD) dan Lembaga Antikuiti dan Warisan Iraq.
Masalahnya, tiada angka rasmi mengenai jumlah dikeluarkan untuk proses itu.
Pakar arkeologi berharap, dengan peruntukan itu, mereka mampu menjalankan proses pemuliharaan susulan selepas dilakukan pasukan dari Jerman pada awal 1900 dulu.
Pegawai TMD berpangkalan di New York, Gaetano Palumbo, berkata tapak itu sangat penting untuk dikaji.
“Dalam keadaan sekarang, tapak menyimpan pelbagai sejarah penting dunia itu terlalu sukar dikaji untuk difahami,” katanya.
Projek pemuliharaan terdahulu, kata Palumbo, hanya ditumpukan kepada monumen tertentu, seperti kuil Babylon.
“Ia menyebabkan banyak tapak domestik terbiar,” katanya.
Melalui penggunaan kaedah terkini, katanya, mungkin lebih banyak fakta dapat diperoleh berbanding maklumat berusia 100 tahun lalu.
Selama beberapa dekad, Babylon menjadi mangsa kepada peradaban pernah dicetuskannya.
Mula-mula, Saddam menjadikan tapak itu sebagai tarikan utama pelancongan dengan harapan ia dapat menaikkan imejnya di mata dunia.
Justeru, pemimpin Iraq itu menjalankan pelbagai projek pembangunan di sekitar tapak Babylon, seperti restoran dan kemudahan lain pada 1980-an.
Kebanyakan pakar arkeologi antarabangsa mengelak untuk campur tangan kerana reputasi rejim Saddam, selain kesan perang Iran - Iraq dan sekatan PBB.
Selepas kerajaan Saddam tumbang pada 2003, datang pula era perang.
Ketika Muzium Kebangsaan Baghdad dipecah masuk dan artifak bernilai tinggi dicuri, penjenayah melarikan pelbagai barangan tinggalan Babylon.
Banyak kertas laporan dan kajian mengenai Babylon turut dibakar.
Tidak lama kemudian, tentera AS dan Poland mendudukinya.
Penggunaan jentera berat tentera merosakkan struktur binaan yang masih tinggal, atau lapangan sekitarnya yang kaya dengan serpihan peralatan pernah digunakan masyarakat Babylon.
Tentera membina tapak pendaratan helikopter dan kawasan meletak kenderaan di situ tanpa mengambil kira kemusnahan tinggalan bandar purba itu.
Dalam keadaan begitu, sebenarnya tiada sebarang kerja-kerja pemuliharaan dilakukan secara menyeluruh hampir satu abad.
Tiada kesan Taman Tergantung yang didakwa dibina untuk isteri Raja Nebuchadnezzar II, atau menara mencetuskan kisah Babel dalam Bible.
Juga tidak ditemui kesan batu bersurat raksasa mencatatkan undang-undang dicipta Raja Hammurabi, dianggarkan berusia hampir 4,000 tahun lalu.
Ketika keadaan di Iraq agak aman secara relatifnya, ada ruang untuk pihak berkenaan menebus kesilapan lalu terhadap tapak purba berkenaan.
Namun, cabaran tetap ada.
Kawalan keselamatan dan kemudahan infrastruktur di Babylon sangat minimum - sama seperti 12,000 tapak arkeologi lain di negara itu.
Hanya ada 1,500 polis ditugaskan mengawal semua tapak bersejarah di Iraq.
Kebanyakan tempat itu juga terlalu berbahaya untuk dilawati, sama ada di kalangan pelancong atau pakar arkeologi.
Walaupun kerajaan Iraq memang terbabit secara langsung dalam projek pemuliharaan tapak Babylon, pegawai berkata, masih terlalu banyak isu lebih penting lain yang memerlukan perhatian segera.
No comments:
Post a Comment