Rumah Api Iskandariah ataupun (Pharos
Iskandariah) merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau
Pharos berhampiran dengan kotaIskandariah purba, Mesir purba. Ketinggiannya dianggar melebihi 115
meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama
beratus-ratus tahun.Antipater dari Sidon telah
menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya.
Sejarah
Kawasan pesisiran
pantai merupakan tanah rata dan kurang sesuai sebagai pelabuhan kerana tidak
mempunyai panduan unutk pedagang dan pelayar. Oleh itu, sebuah rumah api yang
dilengkapkan dengan api dan cermin pantulan telah dibina
Pembinaan
Bangunan rumah api
direka oleh Sostratus dari Snidus atas arahan Satrap (Gabenor) Ptolemy I, seorang panglima Iskandar Agung. Selepas Iskandar meninggal dunia,
Ptolemy mengisytiharkan diri sebagai raja baru dan mengarahkan pembinaan
bangunan rumah api. Bangunan ini disiapkan semasa pemerintahan
anakandanya, Ptolemy II Philadelphus.
Menurut legenda,
Sostratus dihalang oleh Ptolemy meletakkan namanya di bangunan. Namun,
Sostratus juga mengukir namanya di tapak bangunan itu, serta
Sostratus, anak
Dexiphanes dari Cnidia membaktikan bangunan ini kepada tuhan-tuhan, bagi pihak
pelayar dan penelajah. Inskripsi itu disorokkan di bawah selapis plaster, dan
di bahagian luarnya tertulis satu lagi inskripsi mengagungkan Ptolemy.
Cerita-cerita dongeng
pula menyatakan bahawa rumah api ini dapat dilihat dari jarak sejauh 56 km.
Bangunan ini dibina menggunakan batu berwarna muda dan mempunyai tiga bahagian:
bahagian segi empat tepat bawah dengan teras pusat, bahagian lapan sisi tengah
dan bahagian bulat atas. Sebuah cermin besar yang memantul cahaya matahari
diletakkan di mercunya, manakala api digunakan pada waktu malam. BerhalaPoseidon didirikan di
puncaknya pada zaman Empayar Rom.
Dinding bangunan
mampu menahan lambakan air laut. Bangunan ini berdiri kukuh dan merupakan
antara tujuh keajaiban terakhir (kecualiPiramid Agung Kufu) yang roboh.
Kemusnahan
No comments:
Post a Comment